Luar Negara

Pesawat AS ubah laluan elak ruang udara Iraq, Iran

KONFLIK antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran semakin tegang ekoran serangan balas terhadap kem ketenteraan AS di Iraq.

Ekoran serangan balas tersebut, agensi penerbangan awam mula mengambil langkah keselamatan dengan mengelak daripada melalui ruang udara Iran dan Iraq.

Persekutan Pentadbiran Penerbangan AS (FAA) mengeluarkan kenyataan melarang pesawat negaranya daripada melalui ruang udara kedua-dua negara tersebut dan Teluk Oman.

Memetik laporan Al Jazeera, pihak berkuasa AS turut melarang kapalnya daripada melalui perairan antara Iran dan Iraq.

Perubahan itu diumumkan FAA selepas menilai konflik ketenteraan dan ketegangan politik yang berlaku di Timur Tengah.

“FAA akan memastikan keselamatan ruang udara dan pangkalan udara AS serta pesawat yang melalui ruang udara tersebut selamat,” katanya.

Bagaimanapun sebelum larangan itu dikuatkuasakan, FAA terdahulu mengerahkan pesawat AS yang melalui ruang udara berkenaan supaya terbang melebihi 7,925 meter.

Sementara itu, beberapa syarikat penerbangan dilaporkan menutup laluan ke Iraq dan Iran sebagai langkah keselamatan. – Agensi

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button