Nasional

Wanita warga Iran, Ukraine jadi pengedar dadah ditahan

DUA wanita masing-masing warga Iran dan Ukraine ditahan polis semalam kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kedua-dua suspek berusia 23 dan 30 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.45 petang kelmarin.

“Mereka ditahan di sekitar ibu negara dan hasil soal siasat suspek berjaya menemukan satu dan lima plastik masing-masing berisi ganja dan ketamin dalam sebuah kereta di kawasan letak kenderaan dekat kondominium di Mont Kiara, di sini.

“Nilai rampasan dadah bernilai RM7,542 itu boleh dibekalkan kepada 200 pengguna bahan terlarang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, selain dadah turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM22,411


Jelasnya, ujian saringan awal air kencing juga mendapati kedua-dua suspek itu positif dadah jenis ketamin.

“Kita percaya suspek terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah sejak sebulan yang lalu.

“Kita kini sedang menyiasat dan mengenal pasti ahli sindiket yang terlibat dan menjadi sumber kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. -SM

(Visited 75 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button