Luar Negara

Gegaran gempa bumi dirasai penduduk Gunungkidul

GEMPA bumi berukuran 4.8 skala Richter telah berlaku di Kabupaten Pacitan, Jawa Timur pada hari ini pukul 1.00 tengahari waktu tempatan.

Gegaran tersebut turut terasa oleh penduduk Gunungkidul, Yogyakarta dan menyebabkan orang keluar daripada rumah.

Menurut Gunawan, penduduk Patuk yang bekerja di Kota Wonosari, gegaran tersebut menyebabkan orang keluar daripada pejabat untuk menyelamat diri.

Perkara yang sama juga diberitahu oleh Sekretaris SAR Satlinmas Wilayah II Gunungkidul, Surisdiyanto.

“Saya rasa terkejut kerana gegaran tersebut sangat kuat. Penduduk di Pantai Baron turut merasakan perkara yang sama,” katanya.

Menurut Ketua Pelaksana Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Gunungkidul, Edy Basuki tiada lagi laporan kerosakan akibat gempa yang dilaporkan.

“Pihaknya masih melakukan pemantauan bagi mengesan jika terdapat kerosakkan yang berlaku,” katanya. – Sumber Kompas.com – SM

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button