Luar Negara

Pengendali skuad anjing pengesan latih tupai untuk kesan dadah

Polis di Chongqing, barat daya China mula menggunakan tupai khas yang terlatih untuk mengesan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah di bandar itu.

Kaedah menggunakan binatang peliharaan itu merupakan sebahagian usaha terbaharu polis dalam memerangi dadah secara habis-habisan di bandar tersebut.

Lapor Oddity Central, Unit Anjing Pengesan dari Polis Biro Keselamatan Awam Hechuan, Chongqing berjaya membiakkan kumpulan tupai pengesan dadah yang pertama di China.

Ia merupakan sebahagian projek penyelidikan dan pembangunan utama negara republik itu yang antara lain berusaha mencipta kaedah latihan baharu untuk haiwan pengesan dadah.

Tupai itu digalakkan untuk mencari bahan terlarang dalam persekitaran yang kompleks seperti gudang atau stesen penghantaran.

“Saintis sudah lama menyedari deria bau tupai namun kaedah melatih haiwan itu ternyata tidak cukup maju sehingga kini,” jelas laporan tersebut.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan squad anjing pengesan dari polis Hechuan telah melatih enam ekor tupai yang akan bekerja bersama polis untuk membantu mengesan dadah yang tersembunyi.

Sementara itu, pengendali skuad anjing pengesan itu, Yin Jin berkata, pasukannya berjaya melatih tupai berkenaan dengan menggunakan teknologi dan kaedah latihan yang dibangunan secara dalaman.

Kumpulan tupai itu dilatih untuk `membuat tanda’ di tempat haiwan tersebut mengesan dadah.

Ujian menunjukkan bahawa tupai bukan sahaja cekap seperti anjing pengesan dalam mengenal pasti bahan terlarang itu.

Malah, beberapa ciri terdapat pada tupai seperti saiz badan yang kecil, lebih pantas dan keupayaan mencari di tempat tinggi menjadi kelebihan tambahan berbanding menggunakan anjing pengesan.

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button