Luar NegaraRencana

Pemilihan Presiden AS: Belum ada pemenang

Analisis

PEMILIHAN Presiden Amerika Syarikat (AS) masih belum menemukan keputusan muktamad selepas kedudukan Donald Trump dan Joe Biden masih tergantung.

Dalam perkembangan terkini, Presiden, Trump daripada Parti Republik masih lagi berada di belakang Biden dengan 213 sokongan.

Sementara Biden daripada Parti Demokrat yang merupakan bekas Timbalan Presiden ketika pentadbiran Barrack Obama mendahului dengan sokongan 238 undian Senat.

Bagaimanapun, rakyat negara ‘Uncle Sam’ itu masih belum boleh menarik nafas lega apabila keputusan muktamad dilapor tidak akan keluar dalam masa terdekat.

Sebaliknya keputusan muktamad hanya akan diketahui selewat-lewatnya pada hujung minggu ini apabila terdapat 26.8 juta kertas undi masih belum dikira.

Apa yang berlaku?

Pemilihan Presiden AS kali ini berlangsung dalam norma baharu negara itu ketika dunia sedang dilanda penularan wabak pandemik Koronavirus (Covid-19).

Oleh demikian, AS membenarkan pengundian awal melalui pos untuk mengundi dan hal itu menyebabkan lebih 65 juta kertas undi diterima.

Hal demikian menyebabkan banyak kertas undi masih belum dikira belum lagi kira penutupan peti undi lewat sehingga pada hari ini pukul 8 pagi waktu tempatan.

Keadaan sedemikian berlaku di antara 15 negeri menyebabkan keputusan muktamad diperoleh lewat.

Kelewatan juga turut difaktorkan oleh tindakan Trump yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan pemilihan kali ini dengan mendakwa berlaku penipuan.

Trump persoal undi pos

Beliau dilapor mempersoalkan undi pos yang didakwanya banyak memihak kepada Biden.

Seperti berlaku di Pennsylvania, Trump mendakwa berjaya memperoleh sokongan di sana, sekali gus menyatakan menang pemilihan dan mengekalkan kedudukan sebagai Presiden ke-45.

Kemenangan yang kononnya dimiliki Trump di Pennsylvania itu dikatakan signfikan kepada beliau apabila wujud nilai sentimental kepada Biden yang berasal dari negeri itu.

Justeru, terdapat laporan mengatakan kiraan undi dilakukan semula menyebabkan jumlah muktamad yang diperoleh kedua-dua calon diketahui pada Jumaat ini.

Fail tuntutan di Mahkamah Agung

Susulan pendakwaan itu juga, beliau dilapor akan menfailkan tuntutan di Mahkamah Agung berhubung pemillihan kali ini.

Bagaimanapun, Biden pula mendakwa beliau bersedia bagi berhadapan dengan tuntutan Trump, kerana dilapor mempunyai pasukan peguam yang cukup untuk menentang Presiden AS itu.

Malah, beliau juga dilapor bersedia untuk bersaing dengan Parti Republik di Mahkamah Agung bagi memastikan kemenangan Parti Demokrat.

Oleh demikian, dalam pemilihan kali ini juga, dilaporkan terdapat 300 tindakan perundangan sudahpun difailkan di beberapa negeri.

Situasi ini menunjukkan persaingan cukup sengit berlaku antara Biden dan Trump dengan menyaksikan Parti Demokrat memperoleh undi popular berbanding Republik yang mendapat 48.3 peratus.

Rakyat AS mahukan perubahan

Pemilihan kali ini juga memperlihatkan 69,597,402 rakyat AS mahukan perubahan dengan mengundi Biden.

Malah, turut dilaporkan 69 peratus penduduk Islam di negara itu turut memilih calon Demokrat dalam pertarungan menguasai Rumah Putih.

Lebih menarik, pemilihan kali ini menyaksikan sebanyak 84 peratus pengundi Islam keluar mengundi.

Ternyata rakyat AS benar-benar mahukan perubahan dan enggan berada di bawah pentadbiran individu yang dikenali umum sebagai rasis, jahil, populis dan skeptikal terhadap banyak perkara.

Beliau juga pernah dituduh sebagai manusia yang tidak bertamadun dan mementingkan diri sendiri apabila mengkritik agensi kerajaan di bawah pemerintahannya sendiri.

Malah, beliau juga menjadi Presiden yang menutup Kerajaan Persekutuan kali kedua dan paling lama dalam sejarah AS. – SM

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button