Politik

BN gesa Muhyiddin lulus pengeluaran KWSP, lanjut moratorium

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan telah mengutus surat kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menzahirkan beberapa perkara menjelang Belanjawan 2021.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:

1. Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Rakyat seramai 43 orang yang bermesyuarat pada 3hb November 2020 telah bersetuju sebulat suara akan terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi ke atas Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6hb November 2020, begitu juga dengan semua Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibentangkan oleh pihak kerajaan;

2. Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional juga bersetuju supaya Yang Amat Berhormat Tan Sri mempertimbangkan;

i) Melanjutkan tempoh moratorium untuk tempoh 6 bulan atau sebahagian daripadanya untuk mereka yang berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40; dan

ii) Meluluskan untuk pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tententu.

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button