Politik

Timbang elok-elok Art Harun

Berita gembira untuk media online yang sebelum ini dipinggirkan daripada membuat liputan sidang Parlimen, apabila Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mempertimbangkan untuk menyiarkan siaran langsung sidang media yang diadakan di ruang media parlimen.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, beliau membangkitkan perkara itu ketika bertemu Azhar hari ini.

“Saya telah mencadangkan agar pihak parlimen membantu menyiarkan secara langsung sidang-sidang media ahli-ahli parlimen yang sering berlangsung di Bilik Media Parlimen, sama ada melalui FB Live atau sebarang aplikasi lain, agar media yang tidak dapat hadir masih boleh membuat liputan isu-isu yang dibangkitkan ahli-ahli parlimen.

“Datuk Speaker berkata beliau akan pertimbangkan dan perkara tersebut sebenarnya tidak terlalu sukar untuk dilaksana,” kata Fahmi pada satu hantaran di Facebook hari ini.

Fahmi berkata Azhar yang mesra dengan panggilan Art Harun kekal dengan pendiriannya bahawa sebagai langkah berjaga-jaga Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara bahawa bilik media hanya dapat memuatkan sekitar 70 petugas sahaja.

Sebelum ini, pentadbiran parlimen mengehadkan liputan media untuk sidang parlimen kepada hanya 15 organisasi media dan masing-masing dibenarkan menghantar seorang wartawan dan seorang jurugambar atau jururakam video.

Kakitangan media juga mesti menjalani ujian swab RT-PCR pada 30 Oktober dan mengemukakan keputusan ujian pada 2 November.

Organisasi media yang bukan antara 15 organisasi yang diluluskan dinasihatkan untuk membuat perjanjian dengan RTM dan Bernama milik kerajaan.

Persidangan dan perbahasan parlimen disiarkan secara langsung oleh penyiaran negara, tetapi tidak semasa sesi sidang akhbar.

Persidangan kali ini sangat penting kerana membabitkan pembentangan Belanjawan 2021.

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button