fbpx
Nasional

Tiada penjarakan fizikal catat kesalahan ingkar SOP PKPP paling tinggi

GAGAL mematuhi arahan penjarakan fizikal menjadi kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, sebanyak 204 individu dikenakan kompuan di atas kesalahan tersebut.

“Lain-lain kesalahan ialah tidak memakai pelitup muka (99), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (63), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (55), rentas daerah/negeri PKPB tanpa kebenaran (40) dan lain-lain (41).

“Jumlah keseluruhan yang ditahan ialah 507 dengan 470 daripadanya dikenakan kompuan manakala 32 individu lain direman,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, sebanyak 2,749 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,228 anggota telah membuat pemantauan di 3,768 pasar raya, 4,781 restoran serta 1,565 penjaja, 1,106 kilang, 3,355 bank dan 545 pejabat kerajaan.


Jelasnya, turut dipantau ialah sebanyak 1,017 terminal pengangkutan darat, 219 terminal pengangkutan air serta 101 terminal pengangkutan udara.

“Bagi Op Benteng pula, semalam pihak berkuasa talah menahan 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong.

“Sebanyak 250 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan ATM (183), PDRM (58) dan AKSEM (9),” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus. -SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button