Nasional

Dr. Nooranisah dan bayi maut dalam kemalangan

Salam takziah buat keluarga Dr. Nooranisah-Adham Baba

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr. Nooranisah Mohd Razali, 31, dari Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai yang meninggal dunia akibat satu kemalangan jalanraya  di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru, Gua Musang, Kelantan, pagi tadi.

Turut maut, anak Allahyarhamah yang berusia sembilan bulan, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi.

Kejadian berlaku selepas van Jabatan Kesihatan yang dinaiki Allahyarhamah bersama sekumpulan petugas perubatan, terbabas ketika dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang.

Kemalangan turut menyebabkan tujuh individu lain iaitu Mohd Lazim Abdullah, 56; Dr Siti Salwa Mohamad Shokri; 38, Syahirah Muhamad Razali, 20; Dr Norazma Mohamad, 34; Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29; Dr Suzuanhafizan Omar, 32 dan Dr Hazirah Sazali, 33, cedera.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Suprintendan Mohd. Taufik Maidin mengesahkan, nahas berlaku ketika van Toyota Hiace yang dinaiki mereka dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang.

Dalam catatan di Facebook miliknya tengahari ini, Dr Adham berkata:

“Saya baru beberapa minit yang lalu dimaklumkan mengenai berita kemalangan maut melibatkan team perubatan dari Hospital Kuala Krai.

“Kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang.

“Pegawai perubatan O&G (Jabatan Obstetrik dan Ginekologi), Allahyarham Nooranisah Mohd Ghazali meninggal dunia di tempat kejadian bersama bayi beliau.

“Lima orang pegawai perubatan yang lain dan pemandu dilaporkan selamat.

“Saya mengucapkan takziah buat keluarga mangsa. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah.”

Sementara itu BERNAMA melaporkan, Ketua Polis Gua Musang Superintenden Mohd Taufik Maidin berkata semua mangsa yang cederai dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Katanya, ketika kejadian, kesemua mangsa yang bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai dalam perjalanan ke HGM bagi tugasan rasmi.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, van yang dinaiki mereka hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas ke dalam longkang di tepi jalan itu.

“Mayat doktor dua beranak itu dihantar ke bilik forensik HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga petang ini dan pihak Polis Diraja Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia kerana dalam perjalanan menjalankan tugas,” katanya. – SM

(Visited 510 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button