JenayahNasional

7 PATI warga Indonesia, 3 wanita Mynmar ditahan Batalion 4 PGA Semenyih

TUJUH pendatang tanpa izin termasuk tiga wanita warga Mynmar ditahan di Jalan Masjid, Kampung Sungai Serdang, Kapar, Klang, oleh Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Rizal Mohamed berkata, empat lelaki warga Indonesia berumur antara 25 sehingga 63 tahun ditahan manakala tiga wanita Mynmar yang ditahan berumur antara 15 sehingga 22 tahun.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah apabila diminta menunjukkan dokumen berkenaan.

Katanya lagi, apabila disoal, tiga wanita berkenaan juga mengaku baharu sahaja tiba di negara ini dari negara jiran dengan menaiki bot dan mendarat di pesisir pantai Sungai Serdang.

“Empat lelaki terbabit dipercayai cuba untuk keluar dari negara kita melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rizal berkata, kesemua yang ditangkap telah dibawa ke Balai Polis Kapar, Klang Utara untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan mereka akan menjalani ujian saringan Covid-19.

Beliau juga menyeru orang ramai agar sentiasa memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pendatang tanpa izin yang menyalahi undang-undang kepada pihak berkuasa. – SM

(Visited 475 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button