Nasional

Ibu tunggal antara yang rayu simpati dari kerajaan Kedah

PEMILIK rumah dan premis sebuah stesen minyak yang dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap (PDTPT) pada Ahad lalu memohon kerajaan negeri Kedah memberi pampasan kepada mereka.

Ibu tunggal yang juga merupakan pemilik rumah yang dirobohkan itu, Mahani Ahmad, 56, berkata, dia bersama dua anaknya kini terpaksa menyewa rumah di Kampung Tanjung, Padang Sanai, Kuala Nerang dengan kadar sewa sebanyak RM350 sebulan.

Katanya, dia kerugiaan kira-kira RM230,000 apabila rumah yang dibina oleh Allahyarham suaminya sejak lebih 20 tahun lalu dirobohkan tanpa sebarang pampasan.

“Saya masih belum terima sebarang pampasan seperti dijanjikan dan berharap mereka tunaikan termasuk kos mengangkut barang dan pindah sebanyak RM3,000,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel dekat Alor Star.

Kata Mahani, pada masa sama dia masih perlu menanggung dua lagi anaknya yang masih belajar.

“Saya bergantung sepenuhnya kepada anak-anak yang hanya bekerja biasa. Saya harap kerajaan dapat pertimbangkan sebarang pampasan buat kami ini,” katanya.

Seorang lagi mangsa tindakan PDTPT ialah pemilik stesen minyak, Lew Han Eng, 44, yang menanggung kerugian sangat tinggi di samping pening memikirkan nasib tujuh pekerjanya yang hilang pekerjaan sekelip mata.

“Disebabkan perobohan ini, banyak orang yang terkesan. Saya terima notis merobohkan premis pada 22 Oktober tanpa sebarang keputusan sama ada pampasan akan dibayar atau tidak,” katanya.

Dia yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Padang Terap telah meletakkan jawatan bersama seorang lagi ahli majlis iaitu Ong Keen Tong, 53. Kedua-dua mereka adalah wakil dari DAP.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir pada Selasa lalu menjelaskan tiada sebarang pampasan akan diberikan kepada pemilik stesen minyak dan pemilik rumah kerana menyalahi peraturan kerana premis dibina atas tanah pertanian dan atas tanah kerajaan. – SM


(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button