Hiburan

Dituduh perkecilkan pemegang ijazah, Faezah Elai beri penjelasan

BARU-baru ini, Zarul Umbrella memuat naik video temu bualnya bersama pelakon, Faezah Elai berkenaan dengan isu-isu berkaitan kerjaya pramugari.

Zarul menerusi akaun YouTube miliknya memang sering menampilkan selebriti tempatan untuk berkongsi pengalaman mereka sewaktu bekerja dengan syarikat penerbangan.

Namun, dalam sesi temu bual itu, terdapat netizen yang mendakwa Faezah seperti menolak kepentingan pendidikan seseorang.

“Saya ada sebut, jika ada ijazah sarjana atau kedoktoran tetapi tak pernah mengembara dan dibandingkan dengan orang yang hanya ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang selalu ke luar negara, mereka ini lebih terbuka dan bijak.

“Tak semua orang mampu belajar sampai ijazah, kadang-kadang bukan sebab tiada duit, tapi disebabkan tak mampu untuk duduk dan membaca buku.


“Ada yang lebih suka mengutip ilmu melalui cara berjumpa dengan orang luar, mengenali budaya luar dan agama,” katanya.

Menurut Faezah, dia juga tidak pernah memberitahu yang semua orang tidak perlu masuk universiti kerana dia sendiri belajar hingga ke peringkat itu.

“Alhamdulillah, dapat peluang untuk lihat ciptaan Allah dil uar, belajar tentang sabar bila kena maki, belajar tentang erti syukur bila kena hidang orang makan,belajar sedar diri yang kita tak hebat mana pun walau ketika itu gaji lapan hingga 10,000 sebulan,” jelasnya.

Sementara itu, Zarul turut bersetuju dengan Faezah dan menyifatkan ilmu pendidikan tidak sama dengan ilmu yang diperoleh daripada pengalaman dan pengembaraan.

Namun menurut Zarul, kenyataannya itu tidaklah menafikan kepentingan seseorang untuk mengejar ilmu. -SM

(Visited 124 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button