Nasional

AKIRA 2022 iktiraf sumbangan akademia UPSI

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengiktirafkan sumbangan akademia yang membantu mengangkat nama universiti pendidikan ulung negara itu.

Sehubungan itu, majlis Anugerah Akademia Bitara (AKIRA) bagi menghargai akademia yang mencapai tahap kecemerlangan sepanjang tahun 2022.

Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff

Naib Canselor , Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata AKIRA 2022 yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Akademik (PPA), Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi serta Bahagian Sumber Manusia itu akan berlangsung pada malam ini di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Majlis yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup menyaksikan sebanyak 50 kategori anugerah akan disampaikan kepada akademia sebagai pengiktirafan dan sanjungan berikutan membina kegemilangan UPSI.

Katanya, sumbangan yang dilakukan akademia sangat bermakna dalam mengangkat nama UPSI bukan sahaja di dalam malahan di peringkat antarabangsa.

“Kejayaan atas penat lelah mereka berkorban masa dan pengorbanan tenaga selain menjayakan pelbagai idea inovasi berupaya meletakkan nama UPSI sebagai universiti yang menjadi rujukan dalam dunia pendidikan khasnya,” katanya.

Md Amin berkata hasil sumbangan besar kalangan akademia, UPSI mencapai beberapa kejayaan yang membanggakan antaranya kejayaan menduduki Times Higher Education, World University Ranking 2024, yang mengiktiraf UPSI sebagai universiti 601-800 di dunia, dan kelapan terbaik dalam kalangan universiti di Malaysia selain berada pada kedudukan QS Asia ke-43 2024bagi Asia Tenggara.

UPSI juga, katanya, mencapai kejayaan dengan memperoleh 96.07% dalam Pencapaian Kadar PRU (Graduate Employability) berikutan melahirkan graduan yang sedia memasuki alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Akademia, katanya, berperanan penting dalam membangunkan pelajar sehingga memiliki kebolehan yang luar biasa dan meraih pelbagai kejayaan dengan cemerlang. -SM

Baca : Kerajaan teliti kewajaran tindakan Indonesia haramkan penjualan barang di Tik Tok – Fahmi

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button