Nasional

Hanya 2 negeri belum capai 50% populasi dewasa lengkap dua dos vaksin

KESEMUA negeri kecuali Kelantan dan Sabah telah mencatatkan lebih separuh populasi dewasa telah lengkap dua mendapat dua dos suntikan vaksin.

Kelantan ketika ini mencatatkan 49.9 peratus penduduk dewasa telah lengkap disuntik dua dos vaksin sementara Sabah pula merekodkan 46.1 peratus.

Secara keseluruhan 69.6 peratus populasi dewasa di seluruh negara telah menerima dua dos suntikan sementara 88.9 peratus lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Tertinggi populasi dewasa yang telah menerima dua dos vaksin adalah Lembah Kelang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (97.8 peratus).

Diikuti Labuan (95.6 peratus), Sarawak (87.8 peratus) dan Negeri Sembilan (84.1 peratus).

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sehingga semalam 20.814 juta rakyat Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Daripada jumlah itu, 16.299 juta orang telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin.-SM

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button