Hiburan

Ketumbuhan pada rahim, Nourul Depp jalani pembedahan

DEMI kesihatan, Nourul Depp reda menjalani pembedahan buang rahim dan apa yang dilaluinya itu dikongsi dengan golongan wanita atas rasa tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada umum betapa pentingnya mencegah ketumbuhan pada organ atau dalam tubuh.

Menurut Nourul, beliau bersyukur kerana mendapat tahu tentang ketumbuhan di rahimnya pada peringkat awal atau early stage dan boleh mengambil langkah berjaga-jaga.

“Saya kongsi dengan umum kerana mahu memaklumkan betapa pentingnya kita mencegah sebarang ketumbuhan yang ada dalam tubuh atau organ kita sebelum ia merebak.

“Langkah awal dan berjaga-jaga akan menyelamatkan nyawa kita,” katanya.

Luahannya itu dizahirkan di laman media sosial Instagramnya dan biarpun perkara ini sudah setahun berlalu namun ada yang beranggapan, ia baharu sahaja berlaku.


“Saya mahu memberitahu semua orang, kalau ada benda yang perlu dibuang, buanglah. Jangan simpan. Benda ketumbuhan seperti ini akan membawa padah kepada kita,” ujar beliau.

Menerusi gambar organ rahim yang dimuat naik, kelihatan beberapa nodul, kata Nourul.

Selepas doktor melakukan pemeriksaan, tiada sebarang ketumbuhan yang boleh mengakibatkan kanser. Alhamdulillah, kata Nourul lagi.

Nourul turut bersyukur kerana ketumbuhan itu dapat dikesan pada peringkat awal namun apapun, pesan Nourul kepada para peminat dan golongan wanita, perlulah jaga diri dan kesihatan diri. – SM

(Visited 60 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button