Nasionalpilihan

Dua lelaki dirakam ketika curi ekzos kereta dah ditahan

POLIS menahan dua lelaki yang sebelum itu tular di media sosial selepas dirakam ketika cuba mencuri ekzos di kawasan meletak kenderaan berhampiran sebuah hotel di Ampang Jaya, semalam.

Kedua-dua suspek yang berusia 24 dan 25 tahun ditahan kira-kira pukul 11 malam semalam di sekitar Sungai Besi.

Hasil semakan mendapati suspek pertama yang berumur 24 tahun mempunyai 1 rekod lampau kesalahan jenayah curi manakala suspek kedua tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, selain tangkapan, pihaknya turut menemukan dua buah Catalytic Converters (Tabung Ekzos) dan dua buah penyambung Catalytic Converters (Tabung Ekzos).

Turut ditemukan ialah beberapa peralatan yang digunakan untuk melakukan jenayah tersebut dan sebuah kereta yang digunakan semasa melakukan jenayah.


“Modus Operandi suspek untuk melakukan kegiatan curi tabung ekzos bagi mendapatkan besi platinum berharga yang terdapat di dalam tabung ekzos tersebut.

“Suspek telah mendedahkan melakukan jenayah curi tabung ekzos (Catalytic Converter) beberapa kali di sekitar kawasan daerah Ampang dan Kajang.

“Siasatan lanjut akan diteruskan untuk mengenalpasti penglibatan suspek bagi lain-lain kes di dalam daerah Ampang dan daerah luar,” katanya.

Sebelum itu, kira-kira pukul 3 petang, mangsa yang berada di pejabat telah menerima panggilan telefon dan kiriman video daripada rakannya yang menunjukkan terdapat dua individu melakukan sesuatu pada kereta jenis Toyota Innova miliknya.

Setelah ditegur, kedua-dua suspek memberi alasan membaiki motokar tersebut dan bergegas beredar menaiki kereta jenis Proton Iriz..

Mangsa kemudian melakukan pemeriksaan dan mendapati komponen ekzos (Catalytic Converter) pengadu telah dipotong namun tidak berjaya dilarikan.

Tambah Mohamad Farouk, kes kini disiasat di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button