NasionalNegeri

MAIPs sumbang RM1.12 juta ‘Fi Sabillilah Misi Kemanusiaan ke Gaza’

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tampil menghulurkan sumbangan ‘Fi Sabillilah Misi Kemanusiaan MAIPs ke Gaza’ berjumlah RM1.12 juta bagi membantu umat Islam di Palestin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbincang sesuatu dengan Dr Hazman (kanan sekali) ketika berangkat ke majlis penyerahan sumbangan ‘Fi Sabillilah Misi Kemanusiaan MAIPs ke Gaza’ berjumlah RM1.12 juta di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di Batu 5, Jalan Kuala Perlis, Kuala Perlis hari ini.

Simbolik penyerahan itu telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di Batu 5, Jalan Kuala Perlis, Kuala Perlis hari ini.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Timbalan Yang DiPertua MAIPs, Dr. Hazman Hassan; Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin; dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar ketika berangkat ke majlis penyerahan sumbangan ‘Fi Sabillilah Misi Kemanusiaan MAIPs ke Gaza’ berjumlah RM1.12 juta di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di Batu 5, Jalan Kuala Perlis, Kuala Perlis hari ini.

Menurut Mohd Nazim, MAIPs telah bersetuju menyampaikan sumbangan ini di bawah peruntukan ‘Fi Sabilillah’ yang jelas dan selari dengan tujuan agihan zakat serta bekerjasama dengan Wisma Putra dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memudahkan urusan sumbangan ini.

Tambah beliau, sumbangan berkenaan terdiri daripada RM1 juta daripada dana sedia ada MAIPs selain RM120,000 sumbangan masyarakat dan NGO melalui Tabung Aqsa MAIPs.

Jelas Mohd Nazim lagi, agihan sumbangan dan bantuan ini akan diserahkan melalui Tabung Musaadah JAKIM – Yayasan Waqaf Malaysia dan akan diagihkan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenal pasti dapat menyampaikan bantuan secara terus kepada penduduk Gaza.

Sementara itu Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs mengingatkan rakyat Perlis yang ingin membuat sumbangan supaya menyalurkan sumbangan kepada pihak-pihak yang telah diberikan tanggungjawab oleh Kerajaan untuk menyampaikan bantuan secara terus kepada saudara seIslam di Gaza.

Baginda menzahirkan agar rakyat Malaysia akan terus bersoladiriti untuk rakyat Palestin tanpa mengira agama dan bangsa serta memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyerahkan agihan zakat MAIPs sebanyak RM400 setiap seorang kepada salah seorang asnaf yang diadakan sempena majlis penyerahan sumbangan ‘Fi Sabillilah Misi Kemanusiaan MAIPs ke Gaza’ berjumlah RM1.12 juta di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di Batu 5, Jalan Kuala Perlis, Kuala Perlis hari ini.

“Meskipun kita tidak dapat membantu di sana secara fizikal, doa dan hati kita akan sentiasa bersama mereka”, titah Raja Muda lagi.

Di program yang sama Baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs berjumlah RM400 setiap seorang kepada seramai 20 asnaf terpilih dalam kalangab anak kariah masjid tersebut dengan jumlah penuh RM8,000 pada kali ini. – SM

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button