fbpx
Politik

‘Time raya haji dan awal Muharam juga buat hal’ – ADUN DAP

Ciapan yang bernada kemarahan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (DAP) Ketari, Young Syefura Othman di Twitternya mengundang persoalan.

Ciapan beliau berbunyi, ‘Time raya haji dan awal Muharam jugak buat hal. Menyusahkan orang lain’.

Ciapan wakil rakyat tersebut tiada bebenang susulan. Terhenti begitu sahaja tanpa merujuk kepada pihak mana yang membuat angkara hingga mendatangkan kesulitan kepada orang lain semasa Hari Raya Haji dan awal Muharam.

Bagaimanapun terdapat dua peristiwa yang menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap DAP pada cuti awal Muharam hari ini dan ketika sambutan Hari Raya Haji pada Julai lalu.


Pada 30 Julai lalu sehari sebelum sambutan Hari Raya Haji, Adun Tras dari DAP Chow Yu Hui memberitahu media bahawa dia telah memfailkan permohonan untuk mencabar ketetapan Kerajaan Pahang untuk mewajibkan tulisan Jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di negeri itu.

Yu Hui  berkata, permohonan itu telah difailkan oleh peguamnya, M Manogaran, Jonathan and Chong Kar Yan di Mahkamah Tinggi Kuantan sehari sebelum itu iaitu pada 29 Julai.

Permohonan tersebut untuk mahkamah menyemak semula arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pahang dan pihak berkuasa tempatan.

“Kerajaan Pahang dan kerajaan tempatan tidak harus memaksa orang ramai, terutama pemilik perniagaa, NGO atau mana-mana pihak untuk menyertakan tulisan Jawi di papan tanda mereka.

“Ini menafikan kebebasan mereka untuk membuat pilihan. Setiap pihak ada khalayak sasaran sendiri. Misalnya, pelanggan di restoran Cina atau kedai barangan agama Buddha/Taoisme adalah orang bukan Melayu yang tidak boleh membaca Jawi. Jadi apa perlunya menyertakan tulisannya (di papan tanda)?” soalnya.

Majlis Daerah Raub dinamakan sebagai responden pertama dan Kerajaan Pahang sebagai responden kedua.

Hakim Zainal Azman Ab Aziz menetapkan 28 Ogos ini untuk membut keputusan sama ada untuk membenarkan permohonan tersebut atau tidak.

Tindakan Yu Hui itu menimbulkan kemarahan banyak pihak kerana beranggapan apa yang dilakukan oleh ADUN Tras itu seolah-olah anti tulisan Jawi.

Hari ini sekali lagi, ketika seluruh negara bercuti sempena cuti awal Muharam, masyarakat digemparkan dengan tindakan sekumpulan Pemuda DAP Kuching yang menampal tulisan Cina pada papan tanda jalan raya.

Menurut mereka, tindakan Pemuda DAP itu sebagai biadab apabila mencetuskan provokasi dengan menambah tulisan Cina pada papan tanda di tiga jalan utama di Sarawak iaitu Jalan Main Bazaar, Jalan Wayang Street dan Jalan Greenhill

Ada yang berpandangan perbuatan tersebut disebabkan masih ramai lagi rakyat Malaysia yang gagal memahami Bahasa Kebangsaan walaupun sudah lebih setengah abad negara mencapai kemerdekaan.-SM

 

 

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button