Luar Negara

Indonesia Catat 2,266 Kes Positif Covid-19 Dalam Tempoh 24 Jam

Indonesia melaporkan 2,266 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 147,211 kes dengan 79,484 pesakit masih dalam pemantauan virus itu.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 72 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 6,418 orang.
Bagi tempoh 24 jam itu, provinsi Jakarta mencatatkan 594 kes positif baharu, dengan 19 lagi kematian.
Provinsi Jakarta kini mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 31,610 kes, diikuti Jawa Timur (29,257) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,098 orang, diikuti Jakarta (1,048), Jawa Tengah (813), Sulawesi Selatan (347) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button