fbpx
Nasional

Potensi pelancongan Perlis cerah – Raja Muda Perlis

Sektor pelancongan di negeri Perlis masih mempunyai masa depan yang cerah.

Banyak produk-produk pelancongan yang berasaskan alam semula jadi boleh dibangunkan sebagai tarikan. Malah, Kerajaan Negeri difahamkan sedang menyediakan pelan jangka panjang pelancongan negeri ini, iaitu Pelan Pembangunan Pelancongan Negeri Perlis (2021-2023).

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri satu majlis santapan malam bersama Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia, Datuk Zurinah Pawanteh di Kuala Perlis.

Berangkat sama, dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi portfolio Kemajuan Luar Bandar & Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Asmaiza Ahmad dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi portfolio Sumber Asli & Alam Sekitar, Bioteknologi & Teknologi Hijau, Kesihatan, Teh Chai Aan serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat MyUS Venture Partners Sdn. Bhd., Datuk Nellsen Young.

Sepanjang lawatan kerja beliau selama dua malam ke Perlis kali ini Zurinah turut sembah mengadap ke atas Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid di Istana Fauzana Kangar dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man di pejabat beliau.

Zurinah juga turut meluangkan masa melawat sendiri bersama-sama para pegawai kanan beliau Bukit Keteri, Bukit Chabang, Santuari Ikan Air Tawar Empangan Timah Tasoh dan Gua Kelam di Kaki Bukit bagi melihat sendiri segala potensi yang ada di bawah kementerian beliau selain turut serta menyertai Tuanku Raja Muda dan anakanda sulung, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dalam program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke 38 bagi tahun ini anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis di sekitar kawasan Kg Abi dekat Kangar.

Show More

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!