Nasional

Bob Mah Sing dah kena tangkap

Tidak sampai 24 jam, polis memberkas Bob Mah Sing, suspek kedua yang terlibat dengan kes melarikan diri daripada polis selepas melanggar dua buah kenderaan di Sungai Buloh, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 11.45 semalam.

“Suspek yang tidak bekerja itu ditahan di sebuah apartment di Jalan Pluto, Seksyen U5, Shah Alam.

“Semakan rekod lampau juga mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah dan 14 rekod melibatkan kes dadah,” katanya hari ini.

Menurut Nik Ezanee, kedua-dua suspek kini ditahan untuk permohonan reman pada hari ini.

Semalam, kenderaan Proton Waja yang dipandu seorang suspek lelaki telah beberapa kali melanggar sebuah lori dan Perodua Myvi bagi mengelak daripada ditahan polis di lampu isyarat berhampiran bulatan Sierramas,.

Polis telah melepaskan beberapa tembakan ke arah tayar kereta suspek hingga membuatkan kenderaan itu terpaksa diberhentikan di tepi jalan ketika melarikan diri ekoran tayar yang pancit.

Hasil maklumat orang awam, suspek yang berusia 35 tahun telah ditahan kira-kira 1 kilometer dari lokasi kereta ditinggalkan.

Polis turut menemukan plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin seberat 1.7 gram yang ditinggalkan kedua-dua suspek. -SM

(Visited 643 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button