Nasionalpilihan

Jalan sesak sehingga dua kilometer di Tol Gombak semalam

KESESAKAN di Plaza Tol Gombak semalam seperti yang tular di laman sosial adalah sepanjang dua kilometer.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kesesakan tersebut disebabkan pemeriksaan ketat yang dilakukan melibatkan laluan keluar dari ibu negara.

“Kesesakan berlaku kerana terdapat banyak kenderaan yang mempunyai urusan kerja serta surat kebenaran daripada majikan untuk merentas negeri.

“Ada surat daripada majikan dan polis namun tiada dokumen sokongan misalnya memberikan alasan bekerja tapi surat terlalu umum seperti tarikh penugasan tidak dinyatakan… ada juga yang dapat kebenaran polis untuk akad nikah tetapi tarikh akad nikah tidak dinyatakan dalam surat sokongan. Itu yang diarah patah balik,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner  Zulkefly Yahya pula berkata, majoriti pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Jalan Duta mempunyai surat kebenaran daripada majikan atas alasan bekerja.

Semalam, tular di laman sosial gambar kesesakan jalan raya di Plaza Tol Gombak sehari selepas pengumuman penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial yang diumumkan kerajaan.

Gambar tersebut juga menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ada yang berpendapatan sebahagian mereka cuba pulang ke kampung selepas kerajaan melakukan pengumuman tersebut. -SM

(Visited 395 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button