Jenayah

SPRM tahan sindiket seludup tenggiling, bernilai RM23.4 juta !

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang suspek yang disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan sisik tenggiling antarabangsa dan pengubatan wang haram.

Gambar hiasan

Suspek warga lelaki tempatan yang berusia lingkungan awal 40-an itu ditahan pada pukul enam petang di ibu pejabat SPRM kelmarin.

Susulan penahanan itu Majistret Nor Syakirah Che Hashim membenarkan suspek di reman selama empat hari bermula 19 hingga 22 Julai setelah SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Menurut sumber, sebelum ini SPRM menahan reman empat individu yang mana tiga daripada mereka ditahan reman empat hari dan seorang lagi di reman dua hari.

Tangkapan hasil serbuan dijalankan Bahagian Pencegah Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM menerusi Op Jagur di sebuah premis di Klang, Selangor dan Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Menurut, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram Harta (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan penahanan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 danSeksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” katanya
SPRM berjaya merampas dua tan sisik haiwan itu bernilai kira-kira RM23.4 juta.

Artikle Berkaitan;>

Sisik tenggiling tiada lagi dalam ramuan perubatan tradisional Cina

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button