Jenayah

Tiada Media Yang Hadir Untuk Liputan Di Mahkamah Berkait Kes Bella Didera!

RINGKASAN PENUH PERBICARAAN SEMALAM

Kan semalam Tok keluar awal. Tok tak tahan dengar cerita Bella didera. Tak cukup cekal. Ni ada pemerhati lain mesej Tok dari mula sampai habis bicara semalam. Siapa yang kental jiwanya, boleh baca.

Tok difahamkan, tiada media yang hadir semalam dan tiada media yang nak cover semalam even ringkasan ini telah dihantar. Jadi pemerhati minta Tok yang share dek sebabkan pengalaman ngeri Tok dalam mahkamah semalam mendapat banyak liputan.

Mungkin media telah dibeli oleh tertuduh. Tok diceritakan, chief editor Bernama saudara kepada salah seorang peguam tertuduh.

Hangpa pun tau kan, tertuduh ni bukan ada kerja tetap yang bergaji besar atau perniagaan hebat untung lebat. Kan?

Jadi, duit senang itu tak mustahil boleh beli sesiapa sahaja. Ya, media pun berniaga, orang bayar dia buat. Mudah!

Tapi Tok bukan media, Tok juga bukan siapa-siapa. Orang yang mesej Tok kata Tok macam V. V for Vendetta.

Menurut orang itu, saksi pertama telah mengesahkan Bella telah didera dan cedera ketika dia menemui Bella. Orang itu dipanggil Mummy.

Pihak pembelaan hanya mempertikai charactor Mummy. Dibawa masuk terbitan-terbitan lama daripada Facebook ketika Mummy berkawan baik dengan tertuduh.

Hairan kenapa DPP tidak membantah dan dibiarkan. Seoalah-olah DPP kurang vitamin atau dibeli pada waktu itu. Atau mungkin terkesima dengan performance pembelaan yang seramai 6 orang.

Saksi ke 2,3,4 ialah doktor-doktor pakar yang merawat Bella juga mengesahkan Bella telah didera dalam jangka masa yang lama.

Ada parut dan luka lama akibat disimbah air panas, ada juga luka dan parut akibat ditekap dengan alat panas seperti iron. Luka kepala disiram air panas.

Luka baru adalah luka disiram air panas. Kepala disiram air panas. Lebam pada tubuh disebabkan disepak atau dipijak. Lutut Bella ada kecederaan kerana mungkin dipijak orang bertubuh besar.

Kecederaan Bella yang tidak dirawat menyebabkan terkena infection dan setelah sembuh terdapat parut yang sangat mengerikan.

Doktor seorang lagi telah mengesahkan yang Bella telah mengalami trauma yang sangat dahsyat. Termasuk mentalnya. Bella akan mengalami mimpi-mimpi ngeri didera yang tidak diketahui bila akan hilang.

Pihak pembelaan hanya mempertikaikan kredibiliti doktor-doktor yang merawat Bella. Yang paling lawak adalah soalan daripada peguam Asiah Jalil yang diminati oleh Alwi Adam (Sifu Wiwi).

“Kenapa doktor merawat Bella tanpa mendapat keizinan legal guardian?”

Kerja doktor merawat pesakit, kalau nak tunggu tertuduh sampai, mungkin Bella dah tiada. Bella ketika itu juga positif covid.

Daripada kenyataan doktor-doktor yang merawat Bella. Maka sahlah Bella didera. Bukan tertumpah air panas seperti yang diceritakan oleh peguam Asiah Jalil yang tahu cerita sebenar.

So, sifu Wiwi nak sokong Asiah Jalil lagi?

Prosiding semalam pula, saksi ke-5. Saksi mata pula.

Nota : SB = Siti Bainun, OKT = Orang Kena Tuduh, SP = Saksi Pendakwaan

PERBICARAAN HARI KETUJUH DPP v SITI BAINUN

SUMMARY

7 APRIL 2022

PEMERIKSAAN UTAMA

Harinya telah tiba dimana Pengadu Utama dan juga saksi utama kepada kes tampil memberikan keterangan kepada Mahkamah Yang Mulia. Yasmin atau SP 5 telah memberikan keterangan bahawa OKT mengarahkan beliau untuk memegang Mangsa dan kemudiannya OKT akan simbahkan air yang panas menggunakan cawan plastik IKEA pada badan Mangsa.

SP 5 mengatakan bahawa Mangsa terus menggelupur dalam kesakitan. SP 5 kemudian menambah, bahawa OKT telah melakukan tindakan yang sama tersebut melebihi lima (5) kali terhadap Mangsa dan setiap kali perbuatan tersebut dilakukan, SP 5 telah dipaksa untuk memegang Mangsa.

Pernah SB suruh SP 5, bersama beberapa anak-anak jagaan OKT yang lain untuk mengikat Mangsa. Setelah itu, OKT akan menolak Mangsa menyebabkan Mangsa jatuh dan kemudian SP 5 dan anak-anak yang lain disuruh untuk mengangkat semula Mangsa dan OKT kemudiannya bertindak untuk simbah air panas pada badan Mangsa. Antara waktu kejadian tersebut berlaku adalah lebih kurang pada 10.30 malam.

SB telah memaksa SP 5, dan beberapa anak-anak jagaan OKT yang lain untuk turut mengambil cawan IKEA untuk diisi dengan air panas dan kemudian untuk disimbah pada badan Mangsa. Pada ketika itu Mangsa dalam keadaan yang telah dilucutkan pakaiannya. Berdasarkan pada keterangan, SP 5 merekodkan bahawa insiden Mangsa telah diikat dan disimbah dengan air panas telah berlaku melebihi dari lima (5) kali.

Pada setiap kejadian, Mangsa, dikatakan oleh SP 5, akan menggelupur kesakitan yang amat, kelihatan sangat lemah, Mangsa juga akan menangis, meminta tolong dan mengatakan beliau penat dan sakit. SP 5 menyatakan bahawa kesemua kelakuan Mangsa pada setiap kali kejadian adalah dalam keadaan beliau meronta kerana diikat kaki dan tangannya.

SP 5 turut menyatakan bahawa badan Mangsa berbau busuk akibat daripada kesan dan luka-luka yang telah bernanah sehinggakan jikalau Mangsa ditempatkan didalam bilik, seluruh bilik tersebut boleh dipenuhi dengan bau Mangsa.

SP 5 kemudiannya menyatakan terdapat 1 hari kejadian dimana Mangsa telah diikat tangan dan kaki didalam tandas. OKT telah bertindak memandikan Mangsa dengan air yang telah dipanaskan ‘heater’ dan kemudian OKT akan mengarahkan SP 5 untuk mengambil air panas ‘cuckoo’ untuk diberikan kepada OKT dan kemudian OKT akan simbah lagi pada badan Mangsa.

SP 5 menyatakan bahawa suhu ‘heater’ tersebut adalah panas kerana terdapatnya wap air yang keluar. Pada masa tersebut Mangsa telah menjerit kesakitan dan kepedihan kerana kesan luka yang terdauhulu di badan Mangsa masih belum sembuh dan dalam keadaan yang bernanah.

Mangsa pernah disuruh untuk mencuci tandas. Namun apabila keadaan tandas tidak bersih, OKT akan mengarahkan SP 5 untuk mengambil air panas menggunakan cawan dan air tersebut diambil dari mesin “Cuckoo” sambil pada masa yang sama, OKT akan menggunakan ‘heater’ tersebut.

SP 5 merekodkan keterangan bahawa OKT dalam modus lazimnya menggunakan dua (2) jenis air panas iaitu daripada mesin “Cuckoo” dan ‘heater’. SP 5 kemudian menyatakan bahawa pernah satu hari itu, Mangsa dikatakan tak mencuci tandas dengan bersih, OKT terus suruh SP 5 memanggil Mangsa untuk sekali lagi ke tandas untuk cuci sehingga bersih. Namun pada masa yang sama OKT masih simbah air panas. SP 5 dikatakan diberikan tugasan untuk menjaga pintu supaya Mangsa tidak berlari keluar.

Antara kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan Cili. SP 5 menyatakan OKT telah memaksa Mangsa untuk memakan sebanyak dua puluh (20) biji cili yang telah dihancurkan. Kemudian OKT sendiri telah menyuapkan pada Mangsa cili-cili hancur tersebut. Andai Mangsa enggan, OKT akan tonyoh pada mata Mangsa. Mangsa juga pernah memakan makanan yang telah dicampur gaul dengan sisa makanan penghuni lain dalam premis tersebut.

Kemudian terdapat kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan najis, Mangsa pernah terberak di ‘laundry’ dalam premis. OKT telah memarahi Mangsa dan kemudian OKT telah menyuruh Mangsa mengutip semula najis tersebut dan kemudian OKT telah memaksa Mangsa makan. Kemudian apabila Mangsa telah termuntah akibat memakan najis tersebut OKT akan menyuruh lagi Mangsa untuk memakan muntah beliau digaul bersama dengan najis sehingga habis.

SP 5 menyatakan bahawa antara punca Mangsa terberak di ‘laundry’ adalah kerana Mangsa tidak dibenarkan untuk ke tandas. SP 5 menyatakan bahawa tujuan Mangsa tidak dibenarkan ke tandas kerana OKT tidak mahu Mangsa meminum air paip tandas. Kemudian SP 5 menyatakan bahawa Mangsa pada setiap hari tidur di dalam bilik ‘laundry’ dan hampir setiap hari disuruh berdiri mengadap pintu masuk premis tersebut.

SP 5 turut menambah dalam keterangan beliau bahawa Mangsa pernah ditendang di perut oleh OKT sehingga menyebabkan Mangsa mempunyai masalah kawalan untuk membuang air. Selain daripada disiram oleh air yang panas, Mangsa juga dipukul dengan batang penyapu sehingga batang penyapu tersebut patah.

Allahuakbar! Siapa yang berjaya baca sampai habis, hangpa tolonglah doakan untuk Bella. Tok percaya, memang tuhan pilih Bella untuk bongkarkan kejahatan puak-puak NGO yang cari makan dan cuci duit dengan drama baik mereka.

Siapa lagi yang belum sign petition untuk singkirkan Syed Azmi kawan baik tertuduh tu. Sila sign. Hangpa nak ke orang macam Syed Azmi jadi penasihat mahkamah kanak-kanak sedang Bella dia biarkan begitu sahaja.

Sign sini : https://www.change.org/justiceforbella_lucutjawatansyedazmi

Disebabkan mahkamah kes adik Bella ni mahkamah terbuka dan press telah dibeli. Maka Tok minta anak-anak yang ada masa kelapangan, datanglah ke court dan dengar sendiri. Hangpa boleh buat catatan sendiri. Kalau takut, hantar bakmai kat Tok, Tok sebagai V, akan share.

Ini mahkamahnya,

Tingkat 3, Mahkamah Seksyen Jenayah 7, Mahkamah Kuala Lumpur.

Tok rasa kes Bella ini penting. Penting untuk keadilan ditegakkan. Kerana Tok difahamkan penglibatan orang politik dan permainan kotor politik dalam NGO seperti aktiviti cuci duit.

Semalam ada orang nampak Tok tak tahan sebak dan menangis. Tok nampak beberapa kawan-kawan Bella, anak OKU down syndrome datang menyokong Bella di mahkamah. Itu pun buat Tok terharu.

Tapi, kalau ada yang tak percaya Tok takpalah. Hangpa boleh gang Sifu Wiwi. Boleh percaya cerita Asiah Jalil yang Bella hanya kemalangan. Tertumpah air panas. Kena sebelah tangan, dia tadah lagi sebelah tangan dia untuk bagi dua-dua tangan dia kena.

Di hari Jumaat yang mulia ini, Tok doakan segala kebaikan untuk kita semua.

Wassalam..

Kredit: Bomoh Bursa

(Visited 8,185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button