HaiwanJenayah

Animal Malaysia tawar RM10,000 tangkap pembakar kucing hidup

PERSATUAN Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menaikkan tawaran ganjaran daripada RM3,000 kepada RM10,000 untuk mana-mana individu atau kumpulan yang boleh mengesahkan aksi membakar anak kucing hidup-hidup yang tular di media sosial berlaku di Malaysia.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan itu, mereka mempunyai maklumat yang tidak lengkap mendakwa kejadian kejam dan tidak berperikemanusiaan itu berlaku di Pahang.

Namun butiran terperinci tidak disertakan untuk pihak Animal Malaysia membuat siasatan lanjut seterusnya menyerahkan urusan tersebut kepada pihak berkuasa.

“Animal Malaysia merayu supaya bekalkan maklumat lengkap dengan laporan polis sehingga pelaku ini berjaya ditangkap, didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman maksimum atas kezaliman membunuh anak kucing tidak berdosa ini jika benar kejadian di negara ini dan pelaku berada di Malaysia,” kata NGO terbabit,

Dalam video yang tular di media sosial berdurasi 44 saat itu kelihatan tangan seseorang menyalakan pemetik api kearah seekor anak kucing yang masih hidup. Kucing itu kelihatan basah dipercayai dicurahkan dengan cecair bahan bakar.

Anak kucing tersebut yang pada mulanya hanya duduk mungkin disebabkan kesakitan disiram dengan cecair bahan bakar kemudiannya berlari tidak tentu arah selepas tubuhnya dijilat dengan api.

Anak kucing itu mengeluarkan bunyi kesakitan yang amat sangat sambil berlari dengan api marak membakar bulu dan tubuhnya yang jelas kelihatan dalam suasana malam yang gelap-gelita.

Video itu hanya tamat apabila anak kucing berkenaan berhenti berlari dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi lagi.

Anima Malaysia meminta rakyat Malaysia bangkit untuk memerangi jenayah kezaliman terhadap haiwan! Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubung talian Whatsapp hotline +601120901097.-SM

(Visited 546 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button