Jenayah

145 bot nelayan Indonesia diusir dari perairan Perak

HAMPIR 145 bot nelayan negara jiran Indonesia yang menceroboh memasuki perairan Negeri Perak berjaya diusir Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerusi Op Benteng yang dijalankan Mei lepas sehingga hari ini.

Pengarah APMM Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, kesemua bot nelayan itu diusir melalui 52 penugasan pengusiran bagi menghalang bot warga asing daripada terus memasuki perairan negara untuk menangkap ikan.

Beliau berkata, kapal APMM sentiasa melakukan penugasan secara berkala bagi menghidu aktiviti bot nelayan asing di kawasan perairan negara.

“Sebuah bot pemintas turut diletakkan di jeti supaya dapat digerakkan sekiranya terdapat aduan,” katanya, hari ini.

Shahrizan berkata, sepanjang Op Benteng, pihaknya telah menjalankan sebanyak 9,352 pemeriksaan dengan 882 penggeledahan ke atas bot dan kapal di perairan negeri Perak.

Katanya lagi, sebanyak 83 kesalahan berjaya dikesan dengan 80 peratus daripadanya melibatkan kes perikanan seperti melanggar syarat sah lesen selain turut membabitkan kapal dagang dan kapal kargo serta penumpang. – SUMBER BERNAMA – SM

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button