JenayahNasional

Peras ugut ahli perniagaan, 9 polis dibebas dengan jaminan

POLIS telah membebaskan sembilan anggotanya yang didakwa terbabit dalam kes memeras ugut seorang ahli perniagaan dipercayai berkaitan dadah di Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, SAC S Sasikala Devi berkata, pihaknya sedang mengambil keterangan individu berkaitan termasuk ahli perniagaan yang membuat laporan itu.

“Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis. Buat masa ini siasatan sedang dilakukan termasuk peranan anggota yang didakwa melakukan pemerasan berhubung kes pemilikan dadah.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (kesalahan peras ugut),” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Semua anggota berpangkat konstabel hingga sub inspektor yang berusia 26 hingga 57 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak kira-kira pukul 11 pagi Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes itu, susulan laporan yang diterima daripada ahli perniagaan berusia 32 tahun pada 26 Julai lalu.


Hasil semakan awal mendapati pengadu memiliki rekod lampau berhubung kes dadah.

Polis berkata, siasatan tatatertib akan dijalankan ke atas semua anggota terbabit dan tindakan susulan terhadap mereka akan dibuat Bukit Aman. – SM

(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button