Jenayah

Jaket keselamatan bantu nelayan hilang terapung, ditemui selamat

BERPANTANG maut sebelum ajal. Begitulah ditakdirkan nasib seorang nelayan warga Indonesia yang dikhuatiri lemas setelah bot yang dinaiki bersama tiga lagi lelaki karam dalam kejadian di perairan Muka Head, Teluk Bahang, Pulau Pinang, dekat sini awal pagi semalam, ditemui selamat malam tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, Sapta Pratama Putra, 25, ditemui di kawasan sangkar ikan Pulau Betong, Balik Pulau pada pukul 8.20 malam tadi.

“Ketika ditemukan, mangsa masih memakai jaket keselamatan dan lelaki itu memaklumkan jaket keselamatan yang dipakainya membantunya untuk terapung  lebih lama dalam air sehingga hanyut ke kawasan sangkar ikan berkenaan,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian awal pagi semalam, seorang nelayan tempatan lemas, seorang lagi dilaporkan hilang manakala dua selamat selepas bot mereka karam di perairan berdekatan Muka Head.

Dilaporkan APMM Pulau Pinang menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 2.25 pagi sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR). – SUMBER BERNAMA – SM

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button