Hiburan

Selepas Wings, Awie ‘cari makan’ dengan Search pula

PADA tahun 1998, penyanyi, Awie pernah bersama dengan kumpulan Search untuk album berjudul Bikin Wilayah.

Ketika itu, Awie sudah empat tahun meninggalkan Wings manakala Amy pula mengambil keputusan untuk keluar daripada Search.

Menariknya, kemasukan Awie ke dalam Search membuahkan keuntungan besar ketika itu sehinggakan album Bikin Wilayah berjaya memenangi Albim Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999.

Skrip 22 tahun yang lalu itu seolah-olah berulang kembali selepas Awie kini muncul semula untuk membuat konsert bersama Search selepas vokalis Search, Amy mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan itu pada Mac lalu.

Menurut Awie, dia menolak dakwaan yang menganggap gabungannya bersama Search kini adalah petanda dia bakal keluar dari Wings.

“Saya cuma bantu Search sebab mereka tidak jumpa lagi siapakah vokalis yang sesuai untuk menggantikan Amy.

“Jadi mereka panggil saya dan sebagai sahabat, saya perlu tampil untuk bantu mereka apatah lagi mereka perlu ‘cari makan’ dalam industri seni,” katanya selepas sidang akhbar Konsert Search X Awie Cinta Buatan Malaysia, semalam.

Mengulas mengenai konsert tersebut, menurut Awie, konsert tersebut akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 12 Disember depan bermula pukul 9 malam.

“Dalam konsert tersebut, saya akan tampil sebagai vokalis manakala Search pula menampilkan Nasir (bes) Kid (gitar) dan Pae (dram)

“Selain hidangan lagu-lagu Search, kita juga akan mengadakan segmen khas sebagai penghargaan kepada bekas pemain dram Search, Yazit Ahmad yang meninggal dunia pada 26 September 2019 lalu,” katanya.

Tiket konsert anjuran Imaginex & HS Shazlicious Trading dijual bermula RM399 hingga RM1000 (VVIP).

Peononton yang telah membeli tiket untuk konsert pada Mac lalu, masih sah digunakan untuk konsert pada Disember nanti.

Tiket dan segala informasi konsert boleh didapati di www.ilassoickets.com atau hubungai 03-21706333. -SM

(Visited 1,033 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button