Hiburan

AIFFA 2023 lebih gempak dengan adanya bintang K-pop!

Festival Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) mengumumkan bakal membawa selebriti terkenal dari Korea Selatan iaitu Rain, sempena acara berprestij itu yang akan berlangsung di Sarawak.

Bintang K-pop Rain, akan hadir ke Sarawak, sempena AIFFA

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, YB Datuk Haji Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa menghadiri tayangan perdana filem pembukaan AIFFA, Sumpahan Jerunai.

Pertimbangan ini dibuat dengan teliti oleh pihak pengurusan AIFFA untuk menjemput Rain sebagai tetamu Khas AIFFA 2023 kerana bakat yang luar biasa seperti yang ditonjolkan melalui Industri Kreatif dan Seni Persembahan selain menarik jutaan pengunjung ke Korea Selatan dan mewujudkan minat ke peringkat global.

Bahkan bakatnya juga menjangkau industri muzik dan filem seperti muzik, filem, penyanyi, penulis lagu, pelakon dan penerbit muzik.

Selain itu Rain juga terkenal dengan kerja-kerja sukarelawan termasuk menyusun banyak acara dan konsert untuk tujuan amal.

Oleh itu peminat Rain dijemput hadir untuk bertemu dan bersalaman dengannya pada 4 Ogos ini di Taman Old Courthouse pada pukul 3.30 petang.

Selain itu YB Menteri turut menjemput orang ramai di negeri itu, menghadiri acara selama tiga hari.
Dalam masa yang sama turut memaparkan tayangan filem Juranai dengan penuh adat budaya kaum dari malanau, Sarawak pada malam pembukaan yang turut hadir oleh penerbit, Datuk Nancie Foo, Datin Dr. Wendy Wong serta beberapa pelakon.

Filem Jerunai bakal ditayangkan di AIFFA, Serawak.

Dijemput juga memberi sokongan kepada artis kesayangan anda pada Malam Gala AIFFA 2023 bagi menikmati pelbagai acara dan tayangan filem percuma yang akan ditayangkan bagi memeriahkan acara tersebut.

Tiket boleh dibeli melalui pautan Facebook Festival & Awards & Filem Antarabangsa ASEAN atau hubungi 0176306851 juga boleh didapati di gerai jualan AIFFA di Old Courthouse bermula 2 hingga 4 Ogos.

Acara itu juga terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan industri perfileman dan kebanyakan aktiviti terbuka kepada orang ramai dan adalah percuma.

Sebanyak 17 kategori meliputi semua aspek utama dalam bidang kreatif dan teknikal pembikinan filem malah ia dinilai oleh juri antarabangsa serta ASEAN.

Artikel Berkaitan :>

Sasar pelancong ke Sarawak seramai 3 juta melalui Asia International Filem

Pelakon, produksi disumpah dalam Sumpahan Jerunai.

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button