Hiburan

Sasar pelancong ke Sarawak seramai 3 juta melalui Asia International Filem

Buat kali kelima sekali lagi Asia International Filem & Award AIFFA mengadakan anugerah untuk mengangkat filem negara di asia dalam masa yang sama mempromosikan pelancongan Sarawak .

Program ini akan diadakan selama tiga hari dari 2-4 Ogos 2023 ini yang akan berlangsung di Old Courthhouse Kuching, Sarawak.

Menurut Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Seri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, dalam penganjuran program ini pelancongan negeri itu menyasarkan tiga juta sehingga hujung tahun ini.

“Kuching bersedia untuk menjadi tuan rumah AIFFA untuk kali keenam dan kesemua sepuluh negara-negara ASEAN. Pihak penganjur juga telah memaklumkan kepada saya bahawa 120 penyertaan telah diterima dan akan bertanding untuk anugerah AIFF pada 4 Ogos ini.

Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Seri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah

“Menerusi sektor pelancongan dan acara-acara yang menarik di bumi kenyalang, kami memang agresif melakukan promosi bahkan sehingga ke Eropah,”. Katanya semasa majlis pelancaran AIFFA yang berlangsung di Aswara, Kuala Lumpur.

Tambahnya, promosi pelancongan negeri ini sepenuhnya dibawah Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tanpa kebergantungan dengan Kerajaan Persekutuan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Festival AIFFA, Livan Tajang dan selebriti terkenal, Vanida Imran, Kavitha Sidhu, Yasmin Suraya dan pengarah terkenal Shuhaimi Baba, Nancy Foo Wendy Wong, David Teo dan ramai lagi.

Sementara itu jumlah Filem yang dipertandingkan untuk edisi keenam ini berjaya mendapat sokongan memberansangkan daripada pembuat filem dari 10 negara Asia dengan sejumlah 120 penyertaan diterima.

Pemenang akan akan diumumkan pada semasa Malam Gala dan Anugerah AIFFA 2023.

Kerajaan Sarawak dengan kerjasama rangkaian PR ASEAN yang berpangkalan di Jakarta buat julung kalinya menganjurkan Pertandingan Filem Pendek (ASUS) Universiti Asean SDG AIFFA 2023 dan penyertaan adalah terhad kepada Universiti di Asia sahaja.

Antara aktiviti yang bakal diadakan adalah ceramah filem, bengkel khas selama satu hari setengah mengenai Filem Dokumentari dan Tayangan dan terdapat juga Pameran AIFFA 2023 daripada Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan pertubuhan filem yang lain.

Artikle Berkaitan ;>

Ada 500k followers IG, baru diambil berlakon

100 tahun sinema Malaysia: Martabat, sejarah dan warisan perfileman negara

 

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button