Hiburan

Bapa Azlan positif Covid-19, kini dalam keadaan kritikal

BAPA kepada penyanyi kumpulan Azlan & The Typewriter disahkan positif Covid-19 dan kini dikhabarkan berada dalam keadaan kritikal.

Berkongsi keadaan terkini ayah kandungnya yang dikenali sebagai Salehudin, Azlan berkata bapanya dijangkiti wabak tersebut kira-kira tiga minggu yang lalu iaitu seminggu selepas dia bertemu bapanya.

“Itu adalah kali terakhir saya bertemu dengan dia dan selepas dia dibawa ke hospital, saya langsung tidak dapat berjumpa atau berhubung langsung dengannya.

“Segala perkembangan terkini berkenaan kesihatan ayahnya menurut Azlan hanya akan dimaklumkan oleh adiknya,” katanya.

Azlan berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Indigital Music di 10grams Puchong yang berlangsung semalam.

Menurut Azlan, apa yang boleh dimaklumkan berkenaan kesihatan ayahnya ialah keajaiban supaya dapat kembali pulih seperti biasa.

“Doktor beritahu yang keadaan ayah sangat kritikal kerana mempunyai pelbagai komplikasi penyakit yang lain.

“Apa pun keputusan yang akan dimaklumkan doktor akan saya terima dengan hati redha sebab perkara ini telah ditentukan Allah.

“Lambat atau capat itu sudah tertulis tetapi kita masih mampu berdoa untuk mendapatkan yang terbaik,” katanya. -SM

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button