Hiburanpilihan

Penyanyi Melayu guna nama Moslem Priest terima pujian menggunung

Siapa sangka dalam negara yang menjunjung perkara 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan, kita bersama dengan Moslem Priest.

Moslem Priest atau terjemahan literalnya mengangkat perkataan Paderi Muslim dan ia adalah satu gelaran yang dipegang seorang penyanyi.

Penyanyi tersebut adalah seorang lelaki Melayu yang dipercayai masih mengamalkan Perkara 3 (1) iaitu Islam adalah agama bagi Persekutuan.

Nama asal Moslem Priest adalah Farhan Yassin Mahiaddin Dan berdasarkan sumber terbuka iaitu Google, beliau merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia.

Mengulas tentang hukum bagi seorang rakyat Malaysia berpandukan perkara 160 (2) berkait dengan Melayu dan perkara 3 (1) berkait dengan Islam, ada perkara serius perlu diberi perhatian.


Menurut Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor kepada media, penggunaan perkataan ‘Priest’ atau ‘Paderi’ bagi umat Islam (jika beliau adalah seorang Islam), boleh dianggap syubhah.

Walaupun pada asasnya sesuatu tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai syubhah, keadaan boleh menjadi lebih buruk apabila membawa kepada haram.

“Gelaran seperti priest boleh disalah anggap kerana ia biasanya merujuk kepada pembesar dalam agama lain.

“Dalam Islam tak ada istilah ada paderi atau priest, yang ada haji, ataupun ulama kalau seseorang itu ada ilmu.

“Justeru istilah priest itu digunakan dalam agama selain daripada Islam… tepatnya agama Kristianlah,” tambahnya lagi.

Pandangan sama turut dikongsi Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad, yang berpendapat seseorang yang mengaku Islam tidak boleh berbuat perkara yang berkaitan agama lain pada diri mereka.

Misalnya, kata Mohamad Shukri, seseorang yang mengenakan pakaian kuning sehingga boleh dianggap seumpama sami Buddha.

“Memang salahlah kerana membuat perkara-perkara yang ada kaitan dengan agama lain,” katanya.

Dia juga mempersoal tujuan di sebalik nama itu digunakan, sama ada sekadar tujuan bersuka-suka satau atau sebaliknya berbangga-bangga dengan gelaran tersebut.

“Kalau dia dah berbangga-bangga dengan agama itu, memang dilarang Islam,” katanya.

Moslem Priest menerima pujian yang cukup tinggi daripada penggemar muzik luar negara kerana biar pun membawa genre muzik tarian elektronik (grime), techno dan hip-hop di kelab disko, beliau tetap ‘zuhud’ memakai songkok dan berbaju hitam sebagai identiti diri sejak dahulu, kini dan selamanya.

(Visited 9,290 times, 9 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button