Nasional

Penjelasan isu Menara KL

1. Sehari dua ini, heboh di Media Sosial mengenai Isu Menara KL (KL Tower) telah dijual senyap-senyap sebelum Pilihanraya Umum ke 15.

Isu ini juga di kaitkan dengan bekas Menteri Komunikasi dan Mutimedia, Tan Sri Annuar Musa, sebagai pihak yang terlibat dengan penjualan Menara KL tersebut.

2. Ada Tiga perkara utama mengenai isu ini iaitu ;

(i). Isu samada Menara KL telah dijual secara senyap-senyap ; atau

(ii). Concession (Hak Mengurus) Menara KL telah dijual kepada Syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd. oleh Telekom Malaysia melalui anak syarikatnya Menara KL Sdn. Bhd. ; dan

(iii). Kononnya perniagaan Mengurus Menara KL ini merupakan satu perniagaan yang menguntungkan, konsensinya telah dijual kepada pihak ketiga (Hydroshoppe).

*PENJELASAN SEBENAR.*

3. Adalah tidak benar Menara KL telah dijual kepada pihak ketiga iaitu Hydroshoppe secara diam-diam oleh Kerajaan ataupun TM (Telekom Malaysia).

Yang hanya berpindah milik ialah *HAK PENGURUSAN KL TOWER* (Concession to Operate and Maintain KL Tower).

4. Perlu diperjelaskan disini bahawa Menara KL masih lagi milik Kerajaan Malaysia.

TM sebenarnya telah membuat keputusan tidak lagi mahu memperbaharui *Concession to Operate and Maintain Menara KL* setelah Concession mereka tamat pada penghujung tahun 2019.

5. Oleh kerana TM telah mengambil keputusan ini, maka TM telah menulis surat kepada UKAS iaitu Badan yang dipertanggung-jawabkan berkenaan dengan Concession bagi pihak Kerajaan Malaysia, memaklumkan perkara tersebut.

*UKAS adalah Unit Kerjasama Awam Swasta, Malaysia dibawah Jabatan Perdana Menteri.*

6. UKAS pula, telah membuka peluang kepada Syarikat-Syarikat tempatan untuk membuat bidaan (bid) untuk mengambil alih *Concession to Operate and Maintain Menara KL.*

Dari makluman yang diterima, 5 Syarikat telah masuk membuat bidaan (bid) untuk mengambil alih Concession ini.

7. Kementerian Komunikasi telah membuat penilaian terhadap 5 syarikat tersebut melalui Satu Jawatankuasa Penilaian yang ditubuhkan (due deligence carried out) dan telah menghantar Laporan Penuh kepada UKAS di Jabatan Perdana Menteri.

8. Manakala UKAS melalui Menteri Ekonomi (JPM) ketika itu, Dato’ Sri Mustapa Mohamad telah memperakukan cadangan pertukaran saham yang dimiliki oleh TM didalam Menara KL kepada Syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd. setelah Mesyuarat JKAS membentangkan Laporan Penuh pada 03 Ogos 2022.

Ini dilakukan supaya Pengurusan Konsesi Menara KL dapat diteruskan tanpa gangguan dan kepentingan Kerajaan, dalam Perjanjian Konsesi Menara KL tidak terjejas.

Cadangan tersebut telah dibawa oleh Dr. Khairus Masnan (Timbalan Ketua Pengarah UKAS) kepada Menteri Ekonomi, DS Mustapa Mohamad.

DS Mustapa Mohamad bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengemukakan cadangan ini kepada Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri pada ketika itu untuk kelulusan.

PM DS Ismail Sabri bersetuju meluluskan dan memperakui cadangan tersebut.

9. Segala perjanjian serta pertukaran saham telah dimetrai dan diselesaikan pada bulan Oktober 2022.

Sekiranya ini tidak dilakukan, Kerajaan Malaysia perlu membayar TM sebanyak RM500,000-00 ringgit sebulan ataupun RM6 juta setahun untuk Operate dan Maintain Menara KL.

10. Dengan penjelasan ini, adalah amat jelas bahawa Tan Sri Annuar Musa sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia pada ketika itu, tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan berkenaan dengan Konsesi Menara KL tersebut.

Tomahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada TS Annuar Musa bahawa Menara KL telah dijual secara senyap adalah tidak berasas dan berniat jahat.

*SEKIAN.*

(Visited 1,223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button