Hiburan

Ada 500k followers IG, baru diambil berlakon

Nak kata tak dikenali, bagi penggemar drama atau filem tempatan, pasti akan kata yang lelaki ini adalah pelakon hebat.

Sayangnya, pelakon, Amerul Affendi yang pernah membintangi filem Polis Evo sebelum ini meluahkan perasaan mengapa kelibatnya jarang dilihat di kaca televisyen.

Menerusi perkongsian di Twitter, Amerul memberitahu yang televisyen tidak akan memanggilnya selagi dia tidak mencecah angka 500,000 pengikut (followers) di Instagram.

“IG baru ada 100k followers.

“Maknanya lambat lagilah stesyen televisyen nak ambil berlakon dalam produksi mereka sebab depa kata 500k baru dipertimbangkan.

BACA> Depan cakap lain, belakang cakap lain – Shuib

“Nak beli follower nanti saya rasa menipu pihak stesyen televisyen pulak. Bukan ke tu berdosa?

“Jadi apa patut saya buat?,” katanya di laman sosial Twitter.

Perkongsian Amerul itu mendapat perhatian netizen yang cukup kenal dengan bakat dan kemampuannya dalam bidang lakonan.

Malah, rakan-rakan artis yang turut tahu hal sama berkaitan kehendak industri turut memberi semangat kepadanya seperti Bront Palarae dan Syarifah Amani.

Amerul bukan calang-calang pemain seni dalam industri lakonan apabila pernah mencipta kejayaan di Anugerah Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2019 apabila dinobatkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Crossroads : One Two Jaga.

BACA> Atta Halilintar dibenarkan nikah di stadium keramat Indonesia

Untuk melakukan drama atau filem, penerbit memerlukan pelakon yang bukan sahaja mampu menarik mata penonton, tetapi juga boleh memberi publisiti kepada karya mereka.

Mungkin disebabkan itu ada beberapa syarat seperti jumlah pengikut di Instagram dan sebagainya.

Tetapi di zaman media sosial ini, jangan pula kita lupa yang semakin ramai pengikut di Instgram, semakin terbuka peluang untuk memperoleh pendapatan menerusi reviu berbayar dan sebagainya.

Mungkin kedua-dua pihak iaitu pelakon dan penerbit boleh menggunakan kelebihan yang ada di Instagram untuk kepentingan bersama.

Itu lebih baik.-SM

(Visited 617 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button