Hiburan

Peminat nak tengok kolaborasi Missy Elliott – BTS

WAH! Hebat sungguh kumpulan dari Korea, BTS apabila rapper Missy Elliott dikatakan berminat untuk menjalin kerjasama dengan kumpulan K-Pop itu.

Minat Missy Elliott mahu berkolaborasi dengan BTS dizahirkan di dalam Twitter Missy Elliott baru-baru ini.

Missy Elliot memberi respons terhadap salah seorang peminatnya di Twitter yang mahu melihat dua nama besar dalam industri hiburan, bergabung melalui satu projek.

Catat peminat Missy Elliott, “ tolonglah Missy. Adakan kolaborasi dengan BTS. Saya tak boleh meninggalkan dunia ini tanpa sesuatu dari anda semua.”

Missy Elliott mengambil maklum saranan dan permintaan pemiantnya itu dengan membalas tweet berkenaan.

Beliau memberi gambaran tentang minatnya untuk bekerjasama dengan kumpulan BTS itu.

Sudah tentu, jika ada panggilan dari mereka (pihak BTS), saya akan bersetuju, catat balas Missy Elliott.

Kolaborasi ini jika menjadi, memangnya mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat kedua-dua belah pihak, Missy Elliott dan BTS.

Rata-rata, peminat dan juga pengikut Missy Elliott di platform media sosial meninggalkan respons yang positif dengan emoji hati dan tanda like. –  SM

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button