Hiburan

Siti Nurhaliza bimbang keselamatan ibu di Kuala Lipis

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza bimbang terhadap keselamatan ibunya ekoran kampungnya di Kuala Lipis Pahang turut dilanda banjir.

Memetik laporan BH Online, Siti berkata, walaupun dimaklumkan ibunya, Siti Salmah Bachik, 69, berada dalam keadaan selamat namun perasaan bimbang tetap ada.

Katanya, walaupun lega dengan perkhabaran itu, namun perasaan bimbang terhadap keselamatan ibunya tetap ada.

Saban hari, dirinya akan menghubungi wanita kesayangannya itu untuk bertanya khabar dan mendapatkan perkembangan keadaan di kampung.

“Alhamdulillah, kawasan perumahan mak masih selamat dan tidak terjejas. Malah, mak juga tiada masalah untuk membeli barangan dapur kerana kedai runcit berhampiran rumah masih beroperasi.

“Cuma, tak dapat keluar ke bandar atau hospital kerana jalan utama ke lokasi ini sudah ditenggelami air sungai. Tak dinafikan, perasaan risau tetap ada.

“Saya akan menghubungi mak untuk bertanya khabar, setiap hari. Mujur, abang, Ayie Tarudin dan adik menemaninya di kampung. Jadi, tidaklah resah sangat memikirkan keselamatan mak,” katanya kepada BH Online.

(Visited 723 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button