Hiburan

Ibu Sandra mohon pulangkan telefon anaknya

IBU kepada penyanyi Sandra Dianne, Nor Syakinah meminta kepada sesiapa yang terambil telefon anaknya untuk memulangkannya kembali.

Menurut Nor Syakinah, telefon itu sangat perlu buat pihaknya memandangkan terdapat pelbagai dokumen penting berkaitan kerjaya penyanyi itu.

“Saya merayu sesiapa yang terambil telefon jenis Samsung S20 Ultra untuk memulangkannya kembali.

“Saya mohon kerjasama kepada individu yang ada menyimpan telefon anak saya untuk memulangkannya semula kepada saya. Bantu saya sebarkan supaya rayuan ini sampai kepada mereka yang berkenaan,” katanya.

Kelmarin, Nor Syakinah memohon supaya foto keadaan anaknya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya tidak lagi disebarkan untuk tujuan publisiti.

Dia meminta doa orang ramai supaya Sandra diberikan kekuatan untuk mengharungi dugaan itu. -SM

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button