Ekonomi

Segera hubungi Bank Rakyat untuk sambung moratorium

PELANGGAN yang berhasrat untuk memohon bantuan bagi meneruskan pembayaran pembiayaan selepas tempoh moratorium tamat pada 30 September ini dinasihatkan untuk segera menghubungi Bank Rakyat.

Mereka yang berhasrat untuk memohon boleh berbuat demikian menerusi salah satu saluran komunikasi Bank Rakyat ataranya melalui e-mel [email protected]. Pelanggan perlu menyertakan sekali nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi.

Mereka juga boleh mengunjungi cawangan Bank yang berdekatan atau menghubungi Pusat Panggilan di talian 1300800800.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, pelanggan turut disaran untuk melayari laman web korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat di Facebook, Instagram dan Twitter untuk sebarang maklumat lanjut.

“Buat pelanggan yang tidak terjejas pula, mereka dinasihatkan untuk menguruskan urusan
pembayaran pembiayaan mereka seperti biasa bermula pada Oktober 2020 ini,” kata kenyataan tersebut.

Bank Rakyat sebelum ini mengumumkan penawaran bantuan lanjutan moratorium
khusus untuk pelanggan yang telah diberhentikan kerja pada tahun 2020 dan masih
belum mendapat pekerjaan baharu.

Selain itu, pelanggan yang diarahkan bercuti tanpa gaji oleh majikan dan berlanjutan sehingga Disember 2020 turut ditawarkan kemudahan tersebut.

Bantuan bersasar juga ditawarkan kepada pelanggan yang dikenakan potongan gaji oleh majikan. Bank Rakyat memberikan mereka  pengurangan ansuran selaras dengan kadar pengurangan gaji untuk tempoh minimum selama enam bulan.

Seiring dengan komitmen Bank dalam memacu kemajuan industri keusahawanan  negara Bank Rakyat turut menawarkan bantuan bersasar kepada individu terkesan yang bekerja sendiri atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kumpulan terbabit ditawarkan fleksibiliti pembayaran sama ada dengan membayar keuntungan sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau memanjangkan tempoh keseluruhan pembiayaan bagi mengurangkan ansuran bulanan.-SM

(Visited 4,046 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button