Nasional

Kenyataan Zahidi, Abdul Rahim terhadap Veveonah tidak betul- Kabinet

Kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri terhadap pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin adalah tidak betul dan tidak wajar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mesyuarat Kabinet turut berbincang isu tersebut dan mengambil maklum kenyataan yang dibuat secara terbuka oleh dua orang timbalan menteri itu.

Dalam Twitter miliknya, Khairy berkata, Jemaah Menteri menyedari bahawa isu sebenar di Sabah adalah mengenai capaian internet dan kemudahan asas lain terutama di kawasan pedalaman.

Menurut Khairy, Kerajaan akan segala usaha untuk memperbaiki perkhidmatan dan keperluan masyarakat.

“Jemaah Menteri pagi tadi telah bincang isu #Veveonah. Kabinet ambil maklum kenyataan dua Timbalan Menteri tidak betul dan tidak wajar.

“Kabinet setuju isu sebanar adalah capaian internet dan kemudahan asas lain khusus di pedalaman. Kerajaan akan usaha sebaik mungkin untuk perbaiki,” ciap Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini Zahidi berkata tindakan pelajar itu memanjat pokok bukan untuk mendapatkan capaian internet ketika menduduki peperiksaan secara dalam talian.

Beliau yang menjawab soalan tambahan di Dewan Negara baru-baru ini memberitahu pelajar tersebut melakukan video itu hanya untuk mencipta kandungan saluran YouTube miliknya.

Abdul Rahim pula dalam status di laman Facebook miliknya mengatakan Veveonah telah menipu dan siasatan sedang dijalankan bagi memastikan pelajar itu benar-benar menduduki peperiksaan di atas pokok atau tidak.

Bagaimanapun tindakan kedua-dua timbalan menteri itu menimbulkan kemarahan warganet dan pemimpin pembangkang menyifatkan perlakuan mereka sebagai membuli Veveonah.-SM

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button