Luar Negara

70 peratus daripada 1.73 juta penduduk Chiang Mai disasar suntik vaksin

Mulai bulan depan capai imuniti kelompok

PERHIASAN barangan kemas dan anak lembu dijadikan cabutan bertuah di Thailand dalam usaha pihak berkuasa wilayah untuk meningkatkan kadar inokulasi dalam kalangan masyarakatnya supaya mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Penduduk di Mae ‘Chaem iaitu sebuah daerah yang terletak di Chiang Mai berpeluang memenangi anak lembu jika mereka mendaftar untuk suntikan itu.

Manakala penduduk di daerah Phon di Khon Kaen pula, pejabat perbandaran menawarkan barangan perhiasan berupa emas dan memberikan potongan harga di restoran dan kedai tempatan kepada pemenang bertuah.

Ketua Daerah Mae Chaem, Boonlue Thammanurak berkata, sejak cabutan bertuah dilancarkan, seramai 4,506 orang atau 40 peratus daripada 11,513 individu yang berisiko sudah mendaftar untuk suntikan vaksin Covid-19, lapor The Nation.

Setiausaha Tetap Wilayah Chiang Mai, Kanok Srivichainan berkata, program promosi vaksinasi Mae Chaem akan berlanjutan sehingga 70 peratus penduduk daerah itu divaksinkan.


Beliau berkata, daerah Chiang Mai menyasarkan untuk menyuntik 70 peratus daripada 1.73 juta penduduk mulai bulan depan bagi mencapai imuniti kelompok.

Sehingga 19 Mei lalu, Thailand telah memberikan 2.54 juta dos vaksin di seluruh negara. – SM

(Visited 25 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button