Luar Negara

Rakyat Palestin nekad rempuh sekatan cederakan 6 polis Israel

Seorang rakyat Palestin merempuh satu sekatan jalan raya oleh polis Israel mencederakan enam pegawai di kawasan kejiranan Jerusalem

Kejadian pada hari Ahad berlaku di Sheikh Jarrah, di Yerusalem Timur yang dijajah Israel, yang menjadi tumpuan kes mahkamah di mana beberapa keluarga Palestin dapat diusir secara paksa dari rumah yang dituntut oleh peneroka Yahudi.

Bagaimanapun pemandu tersebut mati ditembak oleh pasukan tentera Israel yang turut berkawal.

Rakaman video menunjukkan kereta tersebut dipandu dengan laju ke arah sekatan jalan.

Abu Ubaida, jurucakap kumpulan Hamas yang berkuasa di Gaza, memuji apa yang disifatkannya sebagai “operasi berani dan nekad” di Sheikh Jarrah.

Permusuhan meletus setelah polis Israel minggu lalu selepas menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa di Jerusalem, menembakkan peluru keluli bersalut getah dan gas pemedih mata untuk membubarkan demonstrasi yang diadakan untuk menyokong penduduk Sheikh Jarrah.

Hamas mula melancarkan roket ke Israel pada hari Isnin sejurus setelah ultimatum yang ditetapkan agar pasukan keselamatan Israel meninggalkan Al-Aqsa berakhir, mendorong operasi Israel yang setakat ini telah membunuh sekurang-kurangnya 192 orang, termasuk 58 kanak-kanak dan 34 wanita.-SM

(Visited 453 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button