Luar Negara

Majlis perkahwinan bertukar menjadi gelanggang pergaduhan

Majlis yang sepatutnya diraikan secara meriah buat pasangan pengantin kini bertukar menjadi gelanggang pergaduhan keluarga selepas pengantin lelaki enggan mengahwini pengantin perempuan.

Kejadian yang mengejutkan itu terjadi di sebuah negara India, New Delhi, pemuda tersebut berasal dari kampung Jhuthaheda manakala gadis tersebut dari kampung Nangal-Meena.

pengantin lelaki enggan meneruskan perkahwinan
pengantin lelaki enggan meneruskan perkahwinan

Pada hari perkahwinan mereka,  pengantin lelaki  tiba di rumah pengantin perempuan bersama keluarga dan rakan-rakannya dalam satu perarakan yang besar.

Keluarga pengantin perempuan menyambut rombongan pengantin lelaki, manakala majlis itu pada mulanya berjalan lancar.

Bagaimanapun, pengantin lelaki tiba-tiba menanggalkan serbannya dan enggan mengahwini pengantin perempuan.

Dia tetap bertegas dengan keputusannya yang sehingga membawa kepada pertengkaran besar.

Beberapa ahli keluarga pengantin perempuan dikatakan membelasah pengantin lelaki dan pakaiannya turut dikoyakkan.

Susulan kejadian tersebu pihak polis kemudian tiba di lokasi kejadian dan berjaya mengawal keadaan.

keluarga pengantin lelaki dan wanita memutuskan untuk tidak meneruskan perkahwinan mereka.

Manakala perbelanjaan  pengantin perempuan mengadakan majlis perkahwinan ditanggung oleh pihak lelaki.

ARTIKLE BERKAITAN

Belalang juta serang bandar satelit New Delhi, Gurugram

Pearly Tan-M.Thinaah sumbang pingat emas ketujuh

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button