Luar Negara

COVID-19: Vietravel Airlines tangguh pelancaran penerbangan pertama

VIETRAVEL Airlines, syarikat penerbangan terbaharu Vietnam yang sapatutnya dilancarkan penerbangan pertamanya, terpaksa ditangguhkan ekoran wabak COVID-19.

Memetik laporan BERNAMA, terdahulu, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc telah memberikan kelulusan kepada Vietravel Airlines untuk memulakan operasinya pada Oktober ini namun kini ditangguhkan.

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun masih belum memutuskan bilakah tarikh untuk pesawat berkenaan memulakan penerbangan sulung, kata wakil syarikat.

Untuk rekod, Vietravel ditubuhkan oleh syarikat pelancongan terbesar Vietnam dan syarikat penerbangan itu dijadualkan memulakan operasinya pada suku ketiga tahun ini dengan tiga pesawat serta menyasarkan tambahan pesawat sehingga lapan buah menjelang 2025.

Syarikat penerbangan yang beribu pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Bai di Thua Thien-Hue itu turut menyasarkan sejuta pelancong menggunakan perkhidmatan penerbangan itu pada setiap tahun.

Vietnam kini mempunyai lima syarikat penerbangan iaitu Vietnam Airlines, Jetstar Pacific Airlines, Vietjet Air, Vietnam Air Services (VASCO) dan Bamboo Airways.

Dua lagi syarikat penerbangan iaitu Kite Air dan Vietstar Air masih menunggu kelulusan untuk memulakan operasi. – SM

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button