JenayahLuar Negara

Isteri ketua kartel dadah Mexico, El Chapo, ditahan di Lapangan Terbang Dulles

Isteri kepada ketua kartel dadah Mexico yang dipenjara di Amerika Syarikat (AS), Joaquin “El Chapo” Guzman ditahan oleh pihak berkuasa AS.

Emma Coronel Aispuro, 3, ditahan di Lapangan Terbang Dulles di Washington semalam, kata Jabatan Kehakiman.

Penahanannya adalah atas dakwaan berdepan satu pertuduhan konspirasi dalam mengedar dadah jenis kokain, metamfetamin, heroin dan ganja untuk diimport ke AS, katanya.

Terdahulu, Guzman merupakan ketua Sinaloa Cartel, antara salah satu kumpulan pengedar dadah yang paling terkenal di Mexico.

Dia menjalankan operasi mengedarkan beratus-ratus tan narkotik ke Amerika Syarikat.

Dia diserahkan kepada Amerika Syarikat pada tahun 2017 untuk dibicarakan.

Kemudian, dia disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas tempoh perbicaraan selama dua tahun.

Coronel, menurut Jabatan Kehakiman, mengambil bahagian dalam kegiatan kartel.

Dia juga pernah didakwa atas tuduhan membantu dua plot dalam cubaan Guzman untuk melarikan diri dari penjara Mexico, termasuk kali pertama yang berjaya pada tahun 2015.

Sebelumnya dia tidak mengetahui bahawa pihak berkuasa AS sedang memburunya.

Guzman dikurung di penjara dengan kawalan ketat di Amerika Syarikat, penjara persekutuan ADX di Florence, Colorado.

Beberapa bulan kemudian, Coronel muncul dalam siri realiti VH1 “Cartel Crew,” mengenai kehidupan orang yang ingin melepaskan diri dari keluarga yang terlibat dalam perdagangan dadah.

Dalam episod yang difilemkan di kapal layar mewah berhampiran Miami, Coronel memberitahu Michael Blanco, anak lelaki ratu kokain Kolombia, Griselda Blanco, bahawa dia ingin menjalani kehidupan normal dan sedang memikirkan untuk melancarkan jenama pakaian atas nama suaminya.

“Kadang-kadang anda hanya mahu melakukan apa yang orang lain lakukan,” katanya.

Coronel dijangka hadir dalam sidang video di mahkamah daerah persekutuan di Washington pada hari Selasa.

(Visited 757 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button