fbpx
Luar Negara

Covid-19: Kes jangkitan lebih 18.6 juta seluruh dunia

ANGKA jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini lebih 18.6 juta kes. Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan lebih 210,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4.8 juta kes positif. Ini diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.8 juta kes dan India 1.9 juta kes.

Rusia dan Afrika Selatan melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 864,000 kes dan 521,000 kes.

Tujuh negara lain termasuk Mexico, Peru, Chile, Iran, Columbia, United Kingdom dan Sepanyol pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif Covid-19.

Sementara itu, lapan lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Arab Saudi, Pakistan, Itali, Bangladesh, Turki, Perancis, Jerman dan Argentina.

Iraq, Kanada, Indonesia, Filipina dan Qatar merekodkan angka jangkitan melebihi 100,000 kes. Negara lain masih merekodkan angka jangkitan Covid-19  di bawah 100,000 kes.

Terdahulu, angka kematian global pandemik Covid-19 meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Statistik Johns Hopkins University juga mendedahkan jumlah kumulatif kematian global akibat virus itu hampir mencecah 703,000 kes.

AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 157,000 kes. Ini diikuti Brazil dengan lebih 95,000 kematian manakala Mexico dan United Kingdom (UK) masing-masing merekodkan 48,000 dan 46,000 kes korban.

Sementara itu, di India, Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan 39,000, 35,000 dan 30,000 korban Covid-19.

Dua negara terakhir melepasi angka kematian 20,000 ialah Sepanyol dan Peru dengan masing-masing mencatatkan 28,000 dan 20,000 kes.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 18,000 kes. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button