Nasional

Majlis sosial dalam tempat tertutup sektor terakhir dibuka

Majlis-majlis sosial dalam kawasan yang tertutup mungkin akan menjadi sektor terakhir akan dibuka.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluiddin berkata, beliau tidak yakin prosedur operasi standard (SOP) akan dipatuhi dalam majlis sosial seperti perkahwinan.

Menurutnya, beliau akan melihat bagaimana sikap rakyat selepas rentas negeri dibenarkan.

“Majlis sosial dalam tempat tertutup mungkin antara sektor terakhir untuk dibuka.

“Saya tidak yakin pada waktu ini SOP akan dipatuhi dalam majlis perkahwinan yang besar dan seumpamanya, di mana pelitup muka terpaksa dibuka ketika tetamu bercakap sambil makan.

“Kita akan nilai bagaimana sikap rakyat selepas rentas negeri dibenarkan,” katanya di Twitter.

Beliau membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang ingin tahu sama ada majlis sosial akan dibuka selepas sempadan negeri dibenarkan.

“Kalau dah boleh rentas negeri, majlis sosial dah boleh buat jugak la kan,” tanya Syahida Zulhaine.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini beberapa kali telah menyatakan komitmen Kerajaan untuk membuka sempadan negeri apabila 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin.

Sehingga semalam 87.6 peratus atau 20.513 juta populasi telah menerima dua dos vaksin Covid-19.-SM

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button