Nasional

150,000 suntikan vaksin sehari menjelang akhir bulan ini

KERAJAAN menyasarkan pemberian suntikan kepada 150,000 orang penduduk sehari menjelang hujung bulan ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassib berkata, beliau telah mengarahkan menteri bertanggungjawab, Khairy Jamaluddin supaya mempertingkatkan jumlah suntikan vaksin kepada rakyat.

“Saya juga telah mengarahkan Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk mempercepatkan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan atau PICK.

“Saya dimaklumkan, pemberian dos pada bulan Mei telahpun mencapai purata 80,000 dos sehari.

“Insha-Allah, menjelang akhir Jun nanti, kita mampu mencapai sasaran 150,000 dos sehari melalui penambahan terimaan vaksin dari syarikat pengeluar, penambahan pusat-pusat pemberian vaksin, memperkenalkan kaedah pemberian secara pandu lalu dan penambahan anggota sukarelawan,” kata Muhyiddin.


Berdasarkan unjuran, pelaksanaan PICK secara keseluruhan disasarkan untuk selesai menjelang bulan Disember ini.

Dijangka semua penduduk di negeri berkepadatan penduduk tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang mendapat suntikan vaksin menjelang bulan Oktober ini.

“Saya merayu, supaya rakyat yang telah mendapat tempahan vaksin untuk hadir di mana-mana pusat pemberian vaksin yang ditetapkan.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan negara mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini,” kata Muhyiddin dalam ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan atau Pemerkasa Plus bernilai RM40 bilion berikutan pelaksanaan PKP3.0.

Perdana Menteri turut mengarahkan supaya aset-aset Kerajaan seperti bas, van dan kenderaan pool digerakkan bagi membantu warga emas dan mereka yang tinggal jauh yang mengalami kesukaran untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin.

Muhyiddin turut mengalu-alukan kerjasama pihak swasta, NGO dan pertubuhan masyarakat awam untuk bersama-sama menjayakan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat.-SM

(Visited 17 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button