Nasional

Sabah tambah satu kluster baharu – Kluster Selamat

SELEPAS Kluster Benteng dan Kluster Pulau satu lagi kluster baharu iatu Kluster Selamat dikesan di Sabah.

Kluster baharu itu telah dilaporkan di Semporna melibatkan kes indeks kluster iaitu kes ke-9969 yang merupakan seorang wanita warganegara Malaysia berusia 32 tahun.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, mangsa didapati positif Covid-19 pada 14 September lalu ketika saringan kemasukan ke Hospital Tawau bagi kelahiran pramatang.

“Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif  satu lagi kes positif Covid-19 telah dikesan. Kes merupakan pegawai perubatan yang merawat kes indeks.

“Sehingga 17 September sejumlah 118individu telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini 116 individu masih menunggu keputusan,” kata Dr. Noor Hisham.

Sejumlah 21 kes baharu telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 674 kes.

Lima kes baharu adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara.

Manakala 16 kes adalah penularan di dalam negara melibatkan 15 warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara.

Lima kes baharu penularan tempatan dikesan di Sabah yang turut melibatkan Kluster Bentang (2 kes) manakala tujuh lagi di Kedah yang turut melibatkan Kluster Sungai (6 kes).

Sehingga kini, terdapat 13 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.-SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button