Nasionalpilihan

Reaksi positif peniaga terhadap zon bebas kenderaan – Rauf

Reaksi positif diberikan oleh peniaga-peniaga sekitar Bandar
Hilir ekoran pelaksanaan percubaan pertama penutupan jalan selama enam jam dari pukul 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, dalam kalangan peniaga mereka menyambut baik pelaksanaan zon bebas kenderaan selama enam jam itu kerana dapat menjalankan perniagaan hingga larut malam.

Ab. Rauf Yusoh mengadakan sidang akhbar selepas merasmikan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka (HBN23) di Kompleks Sukan Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka.

“Apabila tidak ada kereta orang ramai dapat berjalan dan mereka boleh singgah membeli-belah dan makan malam bersama keluarga di kawasan tumpuan pelancong.

“Cuma aliran trafik kita perlukan kajian terperinci apabila dalam percubaan pertama kita menutup jalan selama enam jam itu ada berlaku sedikit kesesakan jalan raya,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka
(HBN23) di Kompleks Sukan Masjid Tanah di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa jalan utama masuk ke Bandar Hilir ditutup selama enam jam bermula pukul 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam Sabtu sebagai tempoh percubaan sebelum zon bebas kenderaan dilaksanakan kelak.

Penutupan penuh jalan tersebut bermula dari persimpangan lampu isyarat Jalan Bendahara dekat Little India sehingga Menara Taming Sari manakala sebahagian jalan ditutup dari Menara Taming Sari hingga Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Tempoh percubaan itu akan dilakukan setiap hari Sabtu.

Mengulas lanjut Rauf berkata, sepanjang tempoh percubaan itu aliran trafik berlaku sedikit kesesakan namun ia tidak begitu serius.

Beliau berkata, jalan lingkaran dari kawasan bangunan merah dapat dikawal baik manakala laluan di hadapan Dataran Pahlawan dibuka dua lorong bagi membolehkan kenderaan keluar. – SM

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button